Saturday, January 2, 2010

Drifting? Karak?

Bayangkan anda adalah seorang perempuan. Memandu seorang diri dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Kelajuan biasa 140km/jam. Kadang-kadang mencecah sehingga ke 160km/jam.

Perjalanan kali ini diselang selikan dengan kehadiran matahari, gerimis, hujan biasa-biasa, dan hujan yang teramat lebat.

Hati berdebar-debar juga memasuki Lebuhraya Karak. Sangatlah bersimpang siur. Tapi, buat-buat biasa. Mengekor sahaja Honda CRV berwarna silver.Kelajuan masih di tahap normal seperti tadi. Tapi, kadang-kadang bila naik bukit, kelajuan menurun mencapai 120km/jam. CRV pula kadang-kadang terlebih perlahan, terlebih laju. Jadi, ingin ambil peluang semasa dia sedang bergerak perlahan untuk memotong.

Tapi...

Tak tersedar yang ketika itu sedang menuruni bukit. Kelajuan: seperti kelajuan biasa.(agaknya).
Dan, tiba-tiba:

Sreeeeeettttttttttttttt.................
Sreeeeeeeettttttttttttt...........................

Kereta itu berpusing. Sekali. Anda sedang melihat ke belakang. Seperti melihat cermin pandang belakang, tapi kali ini menggunakan cermin biasa. Kereta anda berpusing di jalan raya!

OH! Apa yang perlu dilakukan? Pusing stereng ke kiri atau ke kanan? Sumpah! Stereng rasa amat ringan. Gila ringan! Pusing sahaja. Lupa kiri atau kanan. Yang penting harus pusing. Tapi, kereta itu berpusing lagi sekali.

Jadi, kereta sudah berpusing dua kali! Dari lane kiri ke lane tengah! Ah, bagaimana ini? Kaki! Brek! Brek! Tapi, kaki macam tak tekan brek kuat sangat. Sebab takut kereta terpelanting. Redha. Ah, salah aku. Siapa suruh bawak kereta laju2? Sambil itu, buat kali ketiga terpandang ke belakang lagi. Kali ketiga kereta berpusing. Ah, sebenarnya kurang pasti dah berapa kali. Sebab benda ini hanya berlaku dalam beberapa saat.


Gila! Pandang cermin belakang. Lagi sikit nampak divider antara jalan menuju KL dan Karak. Brek tekan sepenuh hati.!!!!!

Sreeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

.

.

.

Kereta berhenti. Tak sempat kena divider. Fuh! Alhamdulillah! Gila! kejadian itu betul-betul gila!

CRV tadi dah perlahankan kenderaan. Pandang ke depan (menghala ke jalan yang salah) Ok, U-Turn. Bawak pelan-pelan. Ambil lane paling kiri. Ada kereta Fair Lady Z dan beberapa lelaki. Pandang tak berkelip pada pemandu perempuan tadi. Pasti mereka hairan. Mungkin risau keadaaan si pemandu. Mungkin mereka kata "Ah, perempuan!" atau " Wah, nasib baik tak ada apa-apa." Perempuan tadi tak pedulikan. Terus bawa kereta perlahan-lahan. Sambil mulut terkumat kamit baca istighfar dan doa.

Singgah di UIA jumpa kawan. Tak dapat makan walau perut lapar. Lepak-lepak, sambil hentikan denyut hati dan jantung yang mengganas. Lepas tu, tersu bertolak ke tempat tujuan. Ah, maghrib sudah. Berhenti. Solat jama'. Langsung sahaja order nasi. Kini, sedang berhibernasi selepas makan nasi seperti mengalami pengalaman kereta berpusing-pusing di lebuhraya karak seorang diri. Alhamdulillah, nyawa masih dibadan. =D

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

(Pembuka 2010) Moga ada hikmah untuk semuanya.