Thursday, July 30, 2009
Ujian
Thursday, July 23, 2009
Friday, July 10, 2009
Petunjuk Atau Keinginan? -II-
Petunjuk atau Keinginan -cont-
Berkawan. Biasanya, hanya kawan. Tak kira dalam ber-bisnes, atau memang berkawan yang betul-betul berkawan. Tak pernah terlintas daam fikiran untuk melampaui undang-undang berkawan.
Memang hati akan bertindak sebagai polis. Cepat dia keluarkan saman jika ada yang ingin langgar undang-undang berkawan itu tadi.
Sehinggalah....
Aiyark!! Polis sendiri pula ingin langgar undang-undang.
Uiks!
Eh? Apa ini? Mana aci... o0o0o0o (Mentang-mentang dia polis) huh~
Tiada ayat-meng-ayat.
Tiada berbalas senyum-senyum. Apatah lagi jeling-menjeling manja.
Tiada . . .
. . .
. . .
Pendek kata, tiada apa-apa pun. Oh.
Semuanya tiba-tiba. Apa kes lah polis ini. Kalau nak langgar undang-undang pun, biarlah ada rasuah dulu. Haish (-_-!)
Jadi, ini petunjuk? Atau hanya sekadar keinginan?
*blur juga lagi*
Jadi, mari kita sambung makan coklat.
Mari. Mari. ^.^
Nyum...nyum..nyum. Mis Siv, ingat kamu je mamam coklat?
*wexxx* =P
---to be continued---
Tuesday, June 30, 2009
Petunjuk Atau Keinginan?
Petunjuk atau Keinginan
Coklat. Keinginan nak makan coklat membuak-membuak. Tapi, tekak sakit. Walaupun ada coklat satu bar di depan mata, langsung tak terjamah. Hari ini, satu cubit makanan pun belum masuk ke dalam tekak. Seharian. Tak berselera. Walaupun keinginan untuk makan itu ada, tapi tak terasa pula hendak disuakan ke mulut. Terasa pahit di dalam mulut. Berlegar-legar.
Petunjuk?
atau
Keinginan?
Kamu.
Faham, kan? Kan?
Oh~
*blur*
--- > Akan bersambung.
Ditulis semasa sedang demam. 26hb Jun.
Saturday, June 27, 2009
Angan-Angan Mati
Aku ingin berpijak di bumi yang nyata sambil cuba mematikan segala angan-angan kerana takut kenyataan terlampau menyakitkan. Oh tuhan. tuntunilah hatiku.
I hate the waiting and the worrying. Ahaha Penipu! Tapi, betul. Itu yang saya tak suka. Tapi, saya selalu buat. Hurm~ Tak boleh salahkan siapa-siapa. Kerana, tak semua kejadian salah itu akan ada orang yang perlu dipersalahkan. Cuma, terima ia sebagai hukum alam. Perkara yang telah ditentukan, dan ada hikmah di sebalik kejadian.
Baru selesai menonton dvd P.S. I Love You untuk ke sekian kalinya. Banyak yang saya dapat belajar dari cerita itu. The sacred secret. " Perempuan tak tahu apa yang dia inginkan sebenarnya." Bagi pendapat saya sendiri, ya. Itu benar. Kadang-kadang, saya rasa saya mahu buat sesuatu ini. Tapi, tiba-tiba sahaja pula ingin sesuatu yang lain. haish~ Pelik.
Saya selalu berdoa pada Ilahi untuk tunjukkan jalan terbaik buat kami. Saya memang tak tahu bila waktu itu akan tiba. Tapi, betul juga kata kawan-kawan. Angan-angan saya tu tinggi sangat. Pelik kata mereka. Jadi, saya rasa saya nak lupakannya kalau boleh.
Entah, saya tak tahu. Saya takut sebenarnya. Saya takut kalau harapan saya dimatikan di saat saya masih berharap. Jadi, baik saya matikan harapan sendiri sebelum saya mengalami kekecewaan yang melampau. Jadi, Ya Allah. Kau tolong kuatkan hati hambamu ini. Walau namanya tetap meniti di baris-baris doa.
. . .
Friday, June 26, 2009
Sebenarnya
Saya . . .
Manusia . . .
Lemah . . .
0425H
23 June 2009.
I was tired of acting strong.
Ya, betul. Saya sangat penat sekarang.
Kadang-kadang terfikir, masih ramai lagi remaja lain yang seumur saya di dunia ni yang tidak berfikir seperti saya. Tapi, kenapa saya perlu jadi macam sekarang? Lupakan keseronokan sementara ini.
Hey, kita kan hidup sekali sahaja.
" Enjoy! Chill!!! " Hati kadang-kadang mendesak saya untuk lupakan hasrat saya yang lain. Lupakan sifat kedewasaan yang ada dalam diri.
Pelik. Saya seorang yang pelik? Atau saya yang harus pelik bila lihat kamu-kamu yang lainnya?
Oh.
Kadang-kadang, saya sendiri tak tahu kenapa saya bersusah-susah sehingga begini. Tapi, rupa-rupanya saya ada goal yang harus saya kejarkan. Tak lama pun. Cukup sampai umur saya 30 tahun. Lebih kurang ada lagi 8 tahun. Agak lama juga tu. Selepas itu, saya akan berehat. Jaga anak-anak dan suami. =) Hehehe *berangan*
Eh, tapi. Dapat ke? Semua atas usaha saya sendiri. Jadi, Nurul. Tolong bertahan. Menangislah kalau itu dapat redakan hati kamu.
Kawan-kawan. Saya sangat rindu kamu sekarang. Saya perlukan bahu kamu untuk saya limpahkan air mata saya. Bukan saya sedih. Cuma, saya penat. Penat berseorangan di sini. Penat bersusah-susah seorang diri di sini. Penat tiada siapa yang mahu dengar kesusahan saya. Penat tiada siapa yang sanggup berkongsi suka dan duka.
Kawan-kawan. Tolong saya. Saya perlukan pelukan kamu untuk buat saya kuat. Saya tahu kamu tahu saya bagaimana.
Saya cuma nak kamu bercakap-cakap dengan saya. Kita bergelak-ketawa. Cukup satu malam, kita tidur sebantal macam dulu. Ramai-ramai tidur kat bawah. Tak perlu ada tilam pun tidak apa. Badan-badan kamu boleh jadi tilam saya. Biar saya peluk suka hati. Lengan Un boleh jadi bantal saya. Layan borak sampai tertidur. Bangun-bangun, dah tengah hari. Malam lepak McD. Lepas tu, sewa kereta, then flirt dengan tukang sewa kereta. =P *ehem3*
Alahai~
Best sangat berangan.
Teringat zaman muda-muda dulu.
Tapi, mak ayah saya ajar saya untuk belajar terima dan hidup dengan apa yang telah kita pilih. Ini jalan yang saya pilih sejak dari dulu. Saya tahu, kamu tahu saya kuat.
Atip pernah cakap " Nurul, aku tau. Kalau engkau ni campak kat mana pun, mesti boleh hidup punya." Kata-kata tu buat saya bersemangat. Terima kasih, kawan.
Tapi, kadang-kadang hati saya lemah juga. Saya perlukan kamu untuk sokong saya. Saya perlukan kamu untuk peluk saya dan cakap saya masih kuat untuk teruskan. Saya pun teringin nak cakap pada orang yang saya ni lemah. Tapi, di sini saya tak boleh tunjukkan saya lemah.
Kenapa?
Depan mak ayah saya, saya tak boleh tunjukkan saya lemah. Nanti, mereka risau. Depan orang lain, saya tak boleh tunjukkan saya lemah, nanti ada yang makin lemah. Depan orang yang tak suka dengan apa yang saya buat sekarang, lagi saya tak boleh tunjukkan saya lemah. Nanti, mereka cakap saya memang tak boleh buat. Kenapa berdegil dari dulu?
oh.
Kawan-kawan,saya tahu kamu tahu saya macam mana. Dan, saya tahu kamu tak akan baca ini sebab kamu sudah tidak ber-blog. Sebab itu, saya tulis di sini. Sebab, saya pun tak nak kamu tahu yang saya lemah tanpa kamu.
Dan, sekali lagi. Kawan-kawan. Saya tahu kamu tahu saya bagaimana.
Terima kasih. =)
Terima kasih. =D
Tuesday, June 23, 2009
Hantu
Saya pandang kanan. Saya pandang kiri. Bilik berbentuk L ini gelap. Hanya bertemankan lampu dari si kecil putih ini sahaja. Jam sudah menunjukkan jam 4.12 a.m. Tiba-tiba, mata saya tak dapat lelap. Tapi, setiap hari pun saya memang tidur selepas subuh. oh?
Tadi, sambil saya baca sedikit bahan bacaan, saya termenung. Lama. Fikiran menerawang jauh. Sangat. Ketika saya muda-muda dahulu. Saat masih berhingus. Saat saya masih tinggal bersama mak dan ayah. Saat mak dan ayah melawat setiap minggu saya di asrama. Terharu. Dada sesak. Sebak.
Tapi, biasalah, di sekolah penuh cerita hantu. Tapi, malam ini bukan mahu cerita hantu asrama. Ini hantu lain. Hantu yang saya sangat takut dengannya. Hantu yang menghantui hidup saya yang tak tahu sampai bila. Hantu ini tak kira siang atau malam. Dia akan sentiasa ada. Dia tak tahu erti takut. Hantu, kamu jahat!!! Larilah~ Tolong, jangan ganggu saya.
Tapi, bagaimana ingin halau hantu ini? Saya tahu. Hanya taubat nasuha boleh buat hantu ini kabur. Tapi sampai sekarang saya masih dibayangi hantu ini.
Hantu.
Dosa.
Dosa-dosa silam. Sungguhpun, saya tahu saya sudah tak buat lagi, dan oh. Alhamdulillah. Banyak yang sudah saya berjaya tepis. Tapi, dosa-dosa silam ini memang betul-betul hantu. Dia tetap datang kacau saya. Kita tak nampak, tapi ia buat kita takut. Oh, cuma satu saya harap. Tolonglah, manusia. Maafkan saya agar hantu ini tak datang pada saya lagi. Biar hidup manusia saya tenang.
Katakanlah: " Hai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-zumar, ayat ke-39)
Eh? Cuba ingat kembali. Hantu pun takut tuhan. Jadi, teruskan minta pada Dia. Boleh kawan-kawan? Kita jadi ghost buster (ingat-ingat lupa nama kartun ni). Sama-sama hapus hantu jahat ni. Harapan terbesar, semoga orang-orang yang saya sayang, orang yang akan saya sayang selepas ini dapat terima kisah silam saya. Dapat bersama-sama jadi ghost buster.
Yosh!!!!! Bankai!!!!
