Sunday, January 6, 2013

Ahlan Wa Sahlan.

Bismillahhirrahmannirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.


2012 dah tak mungkin kita jejak (mungkin jika benar mesin masa itu mampu ada). Tapi, kalau nak ceritakan kisah lama, macam tak perlu,  ke...? Erm... entah, hari ni tak terasa pula nak berflash back.


2013. Ahlan wa Sahlan. Dulu, masa sekolah-sekolah dulu (sekolah agama), selalu guna perkataan ni. Setiap masa kalau ada tamu datang. Lepas tu, dah lama tinggalkan bahasa arab. Jadi, terlupa seketika.

Hari ini, saya ada terbaca satu kisah cinta. The sweetest love story i've ever read. Yup! Saya ni memang peminat kisah-kisah cinta. Nak buat macam mana, kaaaan... I am such a helpless romantic girl on the earth! Pffftt :P

Heeee~ tapi, kali ni kisah dia lain sikit. Kisah ini bukan karangan Nicholas Sparks yang tulis The Notebook yang the boom itu. Kisah cinta ini bukan juga kisah cinta sepertinya dalam Istanbul Aku Datang. Tapi, kisah ini berdasarkan kisah benar. Kisah sebelum wujudnya tarikh Masihi. Kisah cinta putri Rasulullah saw, Fatimah Az-Zahra bersama Ali bin Abi Thalib.

Betapa utuh cinta Ali kepada Fatimah. Betapa rendah hatinya. Betapa ikhlas dia, saat Fatimah di pinang sahabat Rasulullah yang lain.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.Ia mengambil kesempatan.Itulah keberanian.Atau mempersilakan.Yang ini pengorbanan.

Namun, apa yang dihajatkan Allah, pasti tercapai dengan kehendaknya jua. Maka, berkahwinlah mereka.


Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari (setelah mereka menikah) Fathimah berkata kepada ‘Ali, “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali jatuh cinta pada seorang pemuda ”
‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mau manikah denganku? dan Siapakah pemuda itu?”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, karena pemuda itu adalah Dirimu”

Oh! Saya mencair *literally!*

Jadi, apa kaitan Ahlan wa Sahlan dengan kisah cinta ni, kan? Haa! Haruslah anda membacanya sendiri, dan bagi saya, perkataan Ahlan Wa Sahlan di sini sangaaaaatlah sweet jugak. *cair lagi*

Oh, ini link kisah yang saya baca tu. Moga memberi manfaat ^^

http://psikoci.wordpress.com/2011/10/20/50/

Wednesday, November 28, 2012

100 hari

Alhamdulillah, hari ini hari ke -10 sudah. Setakat ni, masih di beri kekuatan untuk mengikut jadual, walaupun kadang-kadang ada buat trick sikit (atau banyak). *ish ish ish*

Ada 3 goal atau matlamat yang perlu di capai sesudah 100 hari tu Harap-harapnya tercapai lah. Ameen, In sha Allah.

Tapi, kan.. saya perasan dalm masa beberapa hari pemerhatian inilah.
 Saya suka letak restriction pada sesuatu tempat tu, tapi at the end, itulah yang akhirnya saya buat. *-___-"* Degil sungguh nurul ni.

Apa yang menariknya, kebetulan kat sini dah nak masuk summer, so siang jadi panjaaaang. Jam 8 malam tu terang benderang lagi. Dan, orang-orang kat sini nak jogging tak perlu tunggu lepas Asar baru nak buat aktiviti berpeluh. Bolehlah pergi jogging setiap masa dan ketika, walaupun jam 1 tengah hari. Uh- huh!

Ok, sangat lah berharap kekuatan untuk teruskan cabaran 100 hari ini dengan konsisten sampai nampak resultnya. Ameen Ameen Ameeen.

Thursday, November 15, 2012

Hati

"Ya Allah, wahai Tuhan yang menciptakan hati. Bersihkanlah ia dari noda hitam."

Friday, November 9, 2012

Trip

" Sometimes a short walk down memory lane is all it takes to appreciate where you are today."

Susan Gale.


a fun road trip on Eid Adha!


10 tahun lalu, tak terbayang diri di sini, begini, hari ini. Siapa yang sepuluh tahun lalu tahu yang hari ini Obama adalah Presiden Amerika? Naaah! Don't try to fool yourself :P

Jatuh. Bangun. Jatuh lagi. Bangun. Jalan sikit. Jatuh lagi, dan lagi.

Banyak kali jatuh, bukan erti gagal. Tidak! Sebab pernah jatuh, itu buat kita ingat rasa syukur. Kalau tak, memang langkah diiringi bongkak, riak. Not cool, girl! So not cool!


Kadang langkah laju. Laju sangat. Sampai tak sempat tengok belakang. Tak tahu kawan dan keluarga kita dah perlahankan langkah sebab nak bagi kita perasan yang kita gerak laju. Sebab tu, kadang-kadang Allah jatuhkan kita pada masa tu, supaya kita sedar. Semua kejayaan, bukan dari kita sebenarnya. Ada banyak tangan yang tolong, walau kadang-kadang kita tak pernah perasan. Kita kat sini, bukan sebab rancangan kita. Ini semua rancangan Dia.

Esok? Kat mana kita? Masih di dunia? Entah.


Monday, November 5, 2012

Love Letter

Bismillah...


Ya, agak lelah hari ini.

Bukan, bukan kerana saya berlelah.

Tapi, kerana ada yang berjerih kerana saya.

Tidak adil, bukan? Ya, tapi itu kata orang.

"Kasih ibu membawa ke syurga."

Dulu, saya hanya ada satu bayangan terhadap perkataan ini; iaitu kasihkan ibu, ganjaran syurga buat anak, dan itu insyaAllah :)

Dan, hari ini terlayar sebentar fikiran saya dengan kata-kata tersebut. Rupanya, ada rahsia lain. Haaaa... Apakah? ;) Kasih ibu pada anaknya tak kan hilang, dan akan terus kekal hingga ke syurga. Ameen Ya Rabb.

Duduk berjauhan dengan keluarga, bukan perkara asing bagi saya. Tapi, setiap kali pun ... setiap hari pun, tak akan pernah rasa rindu itu terbang dari hati.

Untuk Mak, dah saya ucap sendiri pada dia tadi. Anda dah?

Bagaimanapun, di ketika hati di serang sayu begini, enak juga jika ada surat cinta, kan? heeeeee ^_______^ *sengih*

Disebabkan tiada, jadi saya buatkan satu. Untuk bakal yang tersayang. Di mana kamu, siapa pun kamu,  jjang! heeee *sengih lagi*



Oh, saya tau saya sweeet. terima kasih. kikiki


Ok, fine! Ni recycle  dari instagram. :P but it's absolutely mine, hokaayy ^^

- balqissy

Tuesday, October 30, 2012

Silence

When silence gets too loud . . .

. . .


balqissy

Bismillah . . .

Back To Basic

Bismillahhirrahmanirrahim

Allahuakbar... Allahuakbar.. Allahuakbar... Allahuakbar...

Assalamualaikum w.b.t,


Sekian lama tak menjengah ke alam blog, Alhamdulillah dibukakan hati hari ini untuk kembali menulis. Di sini, masih hari raya. Jadi, boleh lah mengutip sedikit2 pahala sunat bertakbir, InsyaAllah ^^

Alhamdulillah, setakat ini perjalanan saya dipertemukan dan ditemani dengan orang yang baik-baik, dan dipermudahkan urusan, dan saya doakan kamu begitu juga. :) Moga perjalanan sentiasa dalam rahmat Allah. Sempena, Aidil Adha yang bakal meninggalkan kita, sama-samalah tambahkan azam untuk menjadi insan yang lebih mulia di sisi Dia semasa kita meninggalkan bumi sementara ini, dan seterusnya menuju alam "eternity".

Semakin panjang umur kita, semakin banyak kerisauan dalam diri, sampaikan nak buat sesuatu yang menyeronokkan pun nampak bahaya sahaja yang menjengah. Sebab itu, rasanya semakin menambah umur, semakin kita (manusia) perlu melihat ke belakang. Balik ke permulaan. Apa yang pernah kita belajar dulu, apa yang kita dah lupa, agaknye ya? Contohnya, selalu sangat naik kereta, ingat lagi tak nak menunggang basikal? Selalu baca Al Quran, tapi hukum Tajwid masih dititikberatkan ke?

Tadi, dalam perjalanan ke sekolah, saya melihat banyak burung. Tergelak sorang-sorang saya teringat pada iklan "Burung Murai", kalau tak silap saya iklan Petronas pada satu ketika dahulu. Tapi, tiba-tiba sesuatu menjengah ke dalam otak cute saya ni. Perbualan antara saya dan mak saya. Ya, ya. Kami tak pernah berbual mengenai burung murai, itu tipu sangat :P Tapi, keadaan nya agak lebih kurang. Nak di ceritakan, saya memang tak berapa pandai nak menyusun ayat, tapi saya pasti kamu pasti ada ketikanya semasa kecil tanya apa sahaja pada ibu atau ayah, akan dapat jawapan tanpa diketawakan kerana tidak tahu. Tapi, apabila besar, (konon) knows everything bila mak atau ayah tak tahu nak gunakan teknologi canggih-canggih pun, dah gelakkan mereka, ataupun malas atau kata lainnya tak kuasa nak mengajar. Ish! Tak baik tau?

Jadi reflect diri kita. Bayangkan kita di alam masa depan dengan bakal anak-anak nanti. Orang kata, "You get what you give." Jadi, marilah kita pandang ke asal-an untuk kesempurnaan di masa akan datang, InsyaAllah. :)

balqissy =)