Monday, November 5, 2012

Love Letter

Bismillah...


Ya, agak lelah hari ini.

Bukan, bukan kerana saya berlelah.

Tapi, kerana ada yang berjerih kerana saya.

Tidak adil, bukan? Ya, tapi itu kata orang.

"Kasih ibu membawa ke syurga."

Dulu, saya hanya ada satu bayangan terhadap perkataan ini; iaitu kasihkan ibu, ganjaran syurga buat anak, dan itu insyaAllah :)

Dan, hari ini terlayar sebentar fikiran saya dengan kata-kata tersebut. Rupanya, ada rahsia lain. Haaaa... Apakah? ;) Kasih ibu pada anaknya tak kan hilang, dan akan terus kekal hingga ke syurga. Ameen Ya Rabb.

Duduk berjauhan dengan keluarga, bukan perkara asing bagi saya. Tapi, setiap kali pun ... setiap hari pun, tak akan pernah rasa rindu itu terbang dari hati.

Untuk Mak, dah saya ucap sendiri pada dia tadi. Anda dah?

Bagaimanapun, di ketika hati di serang sayu begini, enak juga jika ada surat cinta, kan? heeeeee ^_______^ *sengih*

Disebabkan tiada, jadi saya buatkan satu. Untuk bakal yang tersayang. Di mana kamu, siapa pun kamu,  jjang! heeee *sengih lagi*



Oh, saya tau saya sweeet. terima kasih. kikiki


Ok, fine! Ni recycle  dari instagram. :P but it's absolutely mine, hokaayy ^^

- balqissy

Tuesday, October 30, 2012

Silence

When silence gets too loud . . .

. . .


balqissy

Bismillah . . .

Back To Basic

Bismillahhirrahmanirrahim

Allahuakbar... Allahuakbar.. Allahuakbar... Allahuakbar...

Assalamualaikum w.b.t,


Sekian lama tak menjengah ke alam blog, Alhamdulillah dibukakan hati hari ini untuk kembali menulis. Di sini, masih hari raya. Jadi, boleh lah mengutip sedikit2 pahala sunat bertakbir, InsyaAllah ^^

Alhamdulillah, setakat ini perjalanan saya dipertemukan dan ditemani dengan orang yang baik-baik, dan dipermudahkan urusan, dan saya doakan kamu begitu juga. :) Moga perjalanan sentiasa dalam rahmat Allah. Sempena, Aidil Adha yang bakal meninggalkan kita, sama-samalah tambahkan azam untuk menjadi insan yang lebih mulia di sisi Dia semasa kita meninggalkan bumi sementara ini, dan seterusnya menuju alam "eternity".

Semakin panjang umur kita, semakin banyak kerisauan dalam diri, sampaikan nak buat sesuatu yang menyeronokkan pun nampak bahaya sahaja yang menjengah. Sebab itu, rasanya semakin menambah umur, semakin kita (manusia) perlu melihat ke belakang. Balik ke permulaan. Apa yang pernah kita belajar dulu, apa yang kita dah lupa, agaknye ya? Contohnya, selalu sangat naik kereta, ingat lagi tak nak menunggang basikal? Selalu baca Al Quran, tapi hukum Tajwid masih dititikberatkan ke?

Tadi, dalam perjalanan ke sekolah, saya melihat banyak burung. Tergelak sorang-sorang saya teringat pada iklan "Burung Murai", kalau tak silap saya iklan Petronas pada satu ketika dahulu. Tapi, tiba-tiba sesuatu menjengah ke dalam otak cute saya ni. Perbualan antara saya dan mak saya. Ya, ya. Kami tak pernah berbual mengenai burung murai, itu tipu sangat :P Tapi, keadaan nya agak lebih kurang. Nak di ceritakan, saya memang tak berapa pandai nak menyusun ayat, tapi saya pasti kamu pasti ada ketikanya semasa kecil tanya apa sahaja pada ibu atau ayah, akan dapat jawapan tanpa diketawakan kerana tidak tahu. Tapi, apabila besar, (konon) knows everything bila mak atau ayah tak tahu nak gunakan teknologi canggih-canggih pun, dah gelakkan mereka, ataupun malas atau kata lainnya tak kuasa nak mengajar. Ish! Tak baik tau?

Jadi reflect diri kita. Bayangkan kita di alam masa depan dengan bakal anak-anak nanti. Orang kata, "You get what you give." Jadi, marilah kita pandang ke asal-an untuk kesempurnaan di masa akan datang, InsyaAllah. :)

balqissy =)









Monday, September 5, 2011

Salam Syawal

Bismillah...

Punya lah lama saya tidak menulis di sini. Sibuk buat apa pun, tak tahulah. -_-"

Terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang masih lagi sudi menjenguk. Terharu sungguh. Kalau kamu datang rumah, boleh juga hulur duit raya. Kalau tak datang tu, kira halal lah ye? :)

Hurm, Syawal tahun ni agak bermakna juga. Eh, ye ke? Sekurangnya, saya masih di beri kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini untuk berjumpa dengan sanak saudara dan kawan. Yang sedihnya, tak ramai kawan bertandang rumah saya tahun ni. *sob sob*

Iye lah, semua pun dah berkahwin. Nak beraya sampai dua kampung. Baiklah, saya pun sedia memahami... * kesat hingus*


Banyak juga cerita mengejutkan pada waktu Syawal tahun ni. Iyelah, syaitan dah dilepaskan, manusia pula buat hal lah. Rumah sewa baru saya di kawasan Selangor telah di masuki perompak pada hari raya ke-2. Belum surut berita terkejut itu, kedai mak saya di Terengganu juga di masuki perompak. Banyak juga baju dan tudung yang sempat mereka ambil.


Itulah, nak cakap macam mana pun, tak boleh juga. Semua Allah dah takdirkan. Kadang-kadang Allah beri kita lebih sikit hari ni. Esok, Dia ambil balik sikit. Bukan apa, nak bagi kita tak lupa Dia. Sentiasa ingat Dia masa senang dan gembira, juga waktu susah sebelum dan akan datang.

Tapi, wahai encik perompak! Baik kamu jumpa mak ayah saya minta maaf sekarang. Nak lari, larilah kat dunia ni dari kami. Tapi, kat akhirat kelak, dengan pastinya kamu akan berlari dalam lautan manusia mencari kami, mohon kemaafan. Sesungguhnya, memohon kemaafan dari Allah itu lebih senang kerana Allah Maha Pengampun.


Akhir kata, Salam Aidilfitri :) Kepada yang nak memandu jauh, selamat memandu dengan berhema. Yang dah mula bekerja, selamat bekerja. etc.

Wednesday, June 1, 2011

Bas Sani Express terbalik di Tol Gombak, Karak Highway



Assalamualaikum kawan-kawan.

Lama betul tak menulis di sini. Bukan sengaja mengabaikan, tapi nak menyelusuri hidup penuh drama manusia ni agak lelah rupanya, kan?


Alhamdulillah. 12 Mei 2011, genap umur saya menginjak ke 2+ tahun. Bermakna, bermula fasa baru. Memang, tak ada siapa yang mendoakan kecelakaan menimpa dirinya, bahkan hanya yang baik-baik sahaja. Dengan tittle yang bujang, harus sahaja saya mendoakan agar jodoh yang beriman kepada Allah akan sampai di waktu yang tepat, insyaAllah. Kepala yang runsing memikir arah tuju juga diharapkan menemui jalan untuk diredah sementara nyawa masih di badan.


Tapi, dengan keterkejut-an yang amat sangat, drama umur saya yang baru ini dipenuhi dengan berbagai cerita perkahwinan dan kemalangan. Ya, perkahwinan itu perkara biasa kita dengar apabila umur pun dah hampir masuk ke suku abad ini. Lumrah, kan? Kemalangan kecil-kecil seperti tersadung, pun mungkin agak biasa kita dengar juga. Tapi, saya mengalami dua kemalangan besar tak sampai satu minggu. Astaghfirullahhal'azim.


To my surprised, Alhamdulillah, kedua-dua kemalangan yang agak teruk itu tidak meragut nyawa saya, dan Alhamdulillah juga yang saya tak mengalami kecederaan yang teruk. Hanya luka-luka ringan dan injured di tangan (yang menyebabkan saya tak boleh mengangkat beban berat dan berpantang) -___-"

Kepada yang ada akaun FB saya, mungkin dah tahu cerita Bas Sani Express terbalik di Tol Gombak, Karak Highway dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur pada jam 25/05/2011 dan anda pasti sudah tahu yang saya adalah salah seorang penumpang di dalam bas itu.

Ada antara blogger2 yang mungkin dah terbaca cerita ini di blog ondscene. Tapi, ada sedikit maklumat yang tidak tepat, iaitu waktu kejadian adalah sekitar jam 4.40 pagi. yang lain2 kebanyakan betul.

Ini adalah gambar-gambar yang saya sempat tangkap semasa kejadian.






Gambar di bawah ini menunjukkan lubang udara di atas bumbung bas. Kami semua menyelamatkan diri dengan memanjat keluar dari lubang ini. Saya antara yang terawal juga dapat keluar kerana kedudukan tempat duduk yang agak dekat.




Laporan penuh akan menyusul selepas ini. Akan menceritakan sepenuhnya bagaimana saya boleh menaiki bas ini. Bagaimana keadaan dalam bas pada masa itu. Keadaan penumpang-penumpang yang parah dan yang terselamat semasa menunggu bantuan tiba.

Semuanya bagai mimpi kerana terlibat dalam kema;angan ngeri ini dan masih terselamat dan dapat keluar tanpa ada kecederaan parah. Semuanya kuasa Allah. Ya Rahman Ya Rahim.

Nasihat saya, anda elakkanlah menaiki bas 2 tingkat selepas ini, ya.

Wednesday, April 6, 2011

Forward

Sumber: Hak cipta Terpelihara


Ke mana arah?

Ya, kalau dah tahu destinasi, itu maksudnya kita dah pun di separuh perjalanan. baguslah, Alhamdulillah.

Otak masih berteka-teki? Berat, Oh.


Tak mengapa, Allah itu ada. Tak naklah berhenti daripada menghayun langkah. Teruskan. Teruskan berjalan.

Tapi, penat! -_-


Dan, ada benarnya juga kata manusia lainnya. Kita yang penat meniti langkah satu persatu, berduyun yang lain menunggu lif. Biarlah. Asalkan, langkahmu ke jalan yang lurus, yang dipimpin Dia, InsyaAllah.


Bla Bla Bla . . .


Janji Allah bukan sebarang!


Positif dan negatif. Mana mungkin manusia lari dari dua benda yang bagai isi dengan kuku, saling rapatnya mereka. Jadi, setiap kali fikiran negatif datang, cari peluang di dalamnya. InsyaAllah, pasti ada. Tak akan Allah beri kamu ujian yang tak mampu kamu hadapi.


Sedangkan si ibu yang melahirkan, jika anaknya meminta makanan, tidak akan diberikan arang ke dalam tangan si kecil, tidaklah pula Allah, Tuhan sekalian semesta alam, pencipta manusia kerdil ini, memberikan mudarat kepada hambaNya yang meminta belas ihsan, kasih sayang dan rahmat dariNya.


Ingatlah, manusia. Tidaklah kamu berlagak dengan kekuasaan, kekayaan, kecantikan mahupun kepandaian, kerana tujuan kamu diciptakan adalah untuk menjadi hamba Allah selama-lama. Teruskan perjalanan, wahai rakan. Lelah itu biasa. Penat itu penambah kemanisan apabila sedikit kejayaan diraih ;)

Tuesday, March 22, 2011

Malam

Biar malam lenyapkan lara,
Biar hati sebu menangis hadapan Dia,
Esok masih belum pasti ada,
Tapi, tak salah harapkan sedikit cahaya.