Friday, August 21, 2009

HIlang.

Hilang.


Hari baru kini bermula. Matahari terik tegak di atas kepala. Tar terus membahang. Bayang-bayang membesar berskala 5:1.


Mata terus melilau. Menanti andai ada yang muncul. Menanti dengan penuh harapan. Berharap dan berharap. Mulut terkumat-kamit membaca doa dan surah yang terlintas. Sesekali mata dipejam rapat. Tak sanggup rasanya berada di ruang kecil ini melihat harapan orang lain. Sungguh, menangis pun tak mampu lagi.


Kuat! Aku harus kuat. Pandangan di alih pada wanita tua yang terperosok di dinding. Wajahnya gusar buat hati ini pedih. Lalu, langkah diayun perlahan mendekati dia. Mata kuyu itu sembab. Aku tahu, dia juga ingin kuat. Tak ingin menangis di saat ini. Perlu beri kekuatan kepada kami. Tapi, aku juga tau aliran air mata dia tak dapat di tahan-tahan. Rasa risau ini bukan di buat-buat. Bukan juga dipaksa.


Ku peluk dia erat. Biar dia lepaskan semuanya di bahu aku. Biar habis basah bahu aku. Lencun kemeja ini pun tidak mengapa. Cuma, tolong. Tolong hilangkan lelah dia untuk sekejap ini. Biar hati kami tenang. Oh, Tuhan. Oh Ya Allah. Harapan menggunung. Tidak, harapanku melampaui tinggi langit kali ini. 


Sihatkanlah! Selamatkanlah! Sembuhkanlah! Biar dia bernafas. Kau ambil semua kebajikanku, dan kau gantikan ia dengan segala keajaiban. Sihatkan dia, Ya Allah. Biar wanita tua ini tenang. Biar dia di dalam sana bersama-sama kami kembali.


Pelukan aku dieratkan. Sengaja beri kekuatan kepada kami berdua. Menggeletar setiap otot jari jemari. Sungguh, air mata ini sudah tak mampu aku titiskan lagi. Hati ini ku mohon kamu cekal. Sangat!


“Pap! Tup Tap Tup Tap”

Berlari kami menghala ke pintu bilik bedah. Tersembul wajah suram doktor.

“Maaf” Terus aku peluk ibu. Beban badan ibu aku tampung dengan badanku. Aku tahu dia tak mampu nak berdiri saat ini. Aku juga sebenarnya. Terima kasih Ya Allah kau pinjamkan aku kekuatan yang datang entah dari mana.


"Inna liLlahi wa-inna ilayhi raaji'un"


"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun'. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (al-Baqarah, 2:155-157)


Al-Fatihah buat ayah saudara saya yang amat saya kasihi. Kawan yang saya sudah anggap seperti kakak sendiri. Seorang rakan yang bersama-sama terutama di waktu saya sedang susah. Maaf tak dapat bersama-sama kamu ketika ini. Sangat terkilan. Namun, ada sesuatu yang tak dapat dijelaskan. Cuma, kamu harus ingat. Doa kami sekeluarga bersama-sama kamu sekeluarga juga.


Rakan-rakan, tolong luangkan masa kamu 5 minit untuk sedekahkan Al-FATIHAH untuk arwah: Alaf Din Md Din. Jika berkesempatan, sila sedekahkan surah Yasin dan tahlil kepada beliau juga. Harap  pertolongan kamu di rahmatiNYA.


p/s: cerita di atas hanya rekaan. Tapi, itu yang saya dapat bayangkan perasaan kamu ketika itu. My dear sis, both of us know that you are stronger than me. I’ll be around for you. Please don’t worry. U’ll be allright. Aja!!! I love you.


Friday, August 14, 2009

Cinta Versi Pelik

Perbualan saya dengan rakan tadi menghanyutkan lagi perasaan kewanitaan saya yang lama dipendam. Eh? Maaf. Masih gadis. Tersilap pula.



Pelik sangat ke kalau seorang gadis mencintai seseorang lelaki? Oh, memang tidak pelik langsung, kan? Lumrah mungkin. Kalau lelaki itu suaminya, itu wajib. Sangat. Kalau lelaki itu boyfriend, hurmm~ terserah. Tapi, jika dia mencintai suaminya sedangkan dia belum berkahwin? Dan, juga tidak mempunyai boyfriend. Teman tapi mesra juga langsung tiada. Maksudnya, cinta si gadis itu utuh benar pada bakal suami yang tidak diketahui empunya diri. Jadi, memang cinta ini pelik ke? 



Dan, oh. Percayalah. Cinta ini wujud. Cuma, ia mungkin versi pelik bagi kamu, tapi tidak untuk gadis itu dan saya. 

Thursday, August 13, 2009

Sempurna

Bukan saya cari manusia sempurna untuk dijadikan teman hidup. Tapi, penantian ini berkisar kesempurnaan yang hanya akan terbina apabila bersama. Jadi, kamu. Ya, kamu. Datanglah apabila tiba masa. Bukan sekarang, mahupun esok. Apatah lagi semalam. Hanya kita berdua tahu bila hari itu akan tiba dengan adanya petunjuk DIA. Hati, kamu sabar dan tenang dulu. ok? ^.~

Wednesday, August 5, 2009

Biar Gambar Yang Berbicara


















Day Trip To "Singapore!!!!!"

Bertolak Jumaat, midnite: from PJ or Shah Alam.
bertolak balik from Johor Bahru, Danga Bay Ahad, jam 1pagi. Sampai di Shah Alam or PJ, Ahad jam 6 pagi.

Bayaran: RM145/ person.
Bayaran termasuk:
1) group passport
2) bus fare (KL-Singapore-Singapore-KL)
3) Singapore Tour
4) Professional Tourist guide
5) Breakfast
6) insurans perjalanan.

Sangat2 seronok! sangat! so, kalau korang teringin nak pergi, jom lah. 14hb August ni kitorang pergi lagi. HArga rm145 tu dah include harga passport,apa2 hal, just contact me through YM (balqissy),ok. !!! c u guys there!

dan, oh! lupa. tempat2 yang pergi.
1) Merlion City & Esplanade Park
2) China Town
3) Bugis Street
4) Orchard Road
5) Arab Street
6) Kg. Gelam
7) Masjid & Istana Sultan
8) Sentosa Island & many more.

Nanti sambung lagi letak pic. Or, korang leh tengok pics at my facebook.

Thursday, July 30, 2009

Ujian

Kadang-kadang, Allah menguji kita dengan ujian kesusahan dahulu untuk memantapkan iman di hati, sebelum DIA menguji kita dengan ujian kesenangan pula, yang akhirnya membuat ramai insal alpa padaNYA.


Sentiasa bersyukur apabila dikurniakan nikmat Allah. Dan, sila jangan kamu mengeluh apabila di berikan segala macam ujian kesusahan dari DIA. Tolong. Tolong tidak berputus asa daripada pertolongan DIA.

** Jika kamu diberikan gelas, dan diisikan separuh air di dalamnya, sedangkan kamu amat dahaga ketika itu. Apa yang bermain di fikiran? Adakah separuh gelas yang kosong atau separuh gelas yang penuh terisi? Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. =)

Thursday, July 23, 2009

M-o-0-D

Mood.



Moody?



Monday?



Mana Mo0d?

Kenapa perlu cari mood? Hilang ke? Kemana? Terbang?

Friday, July 10, 2009

Petunjuk Atau Keinginan? -II-

Petunjuk atau Keinginan -cont-



Berkawan. Biasanya, hanya kawan. Tak kira dalam ber-bisnes, atau memang berkawan yang betul-betul berkawan. Tak pernah terlintas daam fikiran untuk melampaui undang-undang berkawan.


Memang hati akan bertindak sebagai polis. Cepat dia keluarkan saman jika ada yang ingin langgar undang-undang berkawan itu tadi.


Sehinggalah....



Aiyark!! Polis sendiri pula ingin langgar undang-undang.



Uiks!



Eh? Apa ini? Mana aci... o0o0o0o (Mentang-mentang dia polis) huh~


Tiada ayat-meng-ayat.

Tiada berbalas senyum-senyum. Apatah lagi jeling-menjeling manja.


Tiada . . .


. . .


. . .



Pendek kata, tiada apa-apa pun. Oh.


Semuanya tiba-tiba. Apa kes lah polis ini. Kalau nak langgar undang-undang pun, biarlah ada rasuah dulu. Haish (-_-!)




Jadi, ini petunjuk? Atau hanya sekadar keinginan?


*blur juga lagi*

Jadi, mari kita sambung makan coklat.


Mari. Mari. ^.^



Nyum...nyum..nyum. Mis Siv, ingat kamu je mamam coklat? 

*wexxx* =P


---to be continued---